Want your
own Fotopage?







 
Rindu Amira...

By: Nuraini Amirah Khaironi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-Jun-2007 11:42 Email | Share | | Bookmark
Aiman

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 10 photos...
Khas buat semua yang masih tak puas menatap gambar Aiman. Salam sayang, salam rindu yang teramat dari kami di Ireland ni. Ayah kata insyaAllah awal tahun depan Mira bawak adik Aiman balik Malaysia.

so cute la U Bro but I'm still no 1
Thu 14-Jun-2007 13:15
Posted by:Along Emy emy_anuar@yahoo.com
sungguh lah comey Aiman nih cepat ler balik cni..hehhe
Fri 15-Jun-2007 04:28
Posted by:ieza  - [Link]
tahniah for 2nd baby ...
Wed 2-Jan-2008 02:28
Posted by:hidayah@mama hiro  - [Link]
Add comment


Saturday, 19-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Khaizuran Aiman : Alhamdulillah. Terima Kasih atas doa semua!

10 Jam sebelum lahir
Baru lahir
Ada jugak wakil Mbah dari Malaysia
First Pose dengan Kak Long Mira
First Pose dgn Ayah
Sayalah Aiman
View all 13 photos...
Assalamualaikum semua, sorry lama sangat tak update. Mesti semua tertunggu-tunggu update kali ni terutama Mbah, Awa, Atuk dan semua keluarga kat Malaysia. So ini dia adik Mira Aiman. Tak banyak yang ayah boleh upload kat sini. Yang lain yah kata nak pos.





Untuk Mira tolong take care my new member kalau balik M'sia esok Emy belanja Mira makan mee munjinah!
Untuk Bibik Thanks a lot sebab dapat Baby boy!!!
Thu 14-Jun-2007 13:25
Posted by:Along Emy emy_anuar@yahoo.com
congratulations on your new born baby boy..
alhamdulillah semuanya selamat
Fri 15-Jun-2007 04:26
Posted by:ieza  - [Link]
Add comment


Saturday, 17-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Clift of Moher

 
 
 
View all 18 photos...


Asm semua , sorry lama tak update. Ayah sibuk sikit. Mesti ramai yang dah rindu kat Amira kan. Amira pun rindu kat semua. Kat sini ada gambar-gambar Amira masa pegi ke Clift of Moher. Esok ayah upload gambar masa kami pegi ke Cork, jalan-jalan ke University College Cork dan rumah sepupu ayah. Ada banyak lagi gambar yang ayah belum sempat nak upload. Ayah sibuk sikit. Ibu pulak dah sarat. Adik Aiman bulan 5 ni keluar. Mintak semua doakan ibu, adik aiman, amira dan ayah ye. Salam sayang. Babai........


Gambar-gambar lain kat Clift : http://melayulimerick.fotopages.com/?entry=1087391

cantiknya pemandangan kat sini .... p/s: jangan risau tentang budak2, dia orang cepat catch up .... dalam 3, 4 bulan should be ok ... anak2 akak dulu pun sepatah haram tak tahu nihongo ... bila dah sekolah dan bercampur dengan budak2 jepun tuh, cepat aja dia orang belajar
Mon 12-Mar-2007 20:50
Posted by:yangmazni  - [Link]
Lawa view kat situ
Thu 15-Mar-2007 10:14
Posted by:@shidi@ rashidisaid@yahoo.com  - [Link]
bz ke papa? bila nak update nih?
Mon 9-Apr-2007 09:27
Posted by:ieza98  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 10-Feb-2007 16:51 Email | Share | | Bookmark
Cork

Aula Maxima
 
 
View all 24 photos...



Ni masa pergi ke Cork rumah sepupu ayah. Singgah di University College Cork (UCC).
Kat UCC ni ada satu path yang ada cerita lagenda. Nama path tu Aula Maxima, tradisi di sini selagi tak lulus final year tak boleh lalu kat path ni. Kalau lalu .. tak tahulah
. So setiap kali graduation, diorang akan lalu kat path ni. Kira dah tak makan sumpah la tu.

Care to comment?


Sunday, 4-Feb-2007 10:27 Email | Share | | Bookmark
Ballina Killaloe

 
 
 
View all 12 photos...
Ayah kata, hari ni ramalan cuaca kata tak hujan. Ireland boleh dikatakan selalu hujan. Ayah pakat dengan kawan-kawan ayah untuk pergi ke Ballina Killaloe, 45 minit dari rumah kami di Dooradoyle. Ballina ni taman rekreasi kat tepi tasik. Cantik tempat dia. Orang tempatan memang utilize tempat ni utk berekreasi terutamanya masa summer. Masa winter ni walaupun sejuk ada juga yang main jet ski dan canoe. Kat sini banyak burung camar, angsa dan memacam lagi binatang yang ayah pun tak tahu apa nama Amira datang sini nak bagi makan angsa makan roti. Ok nanti bebila amira cerita lagi. Babai babai.



for my very beloved niece, ameewa..
miszz u so much..emua2
Wed 14-Feb-2007 03:35
Posted by:untie su memyself_akue@yahoo.com
hai yayang..
miss u all sgt2
amira jgn nakal2 ye. tolong ibu tau syg..
Mon 19-Feb-2007 01:50
Posted by:mak ude vogue nursiah_21981@yahoo.com
windunya kat u all, especially amira sayang. tolong ibu n ayah jaga aiman tau.
Sun 17-Jun-2007 05:15
Posted by:mak ngah cute norazlinabas@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 30-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Adiladha 2006

 
 
 
View all 5 photos...

Tahun ni kali pertama buat Mira dan Ibu beraya di rantau orang. (Ayah dulu dah pernah raya kat Jepun). Kami beraya dengan keluarga Acik Rina di Lancaster UK. Walaupun sejuk Mira pakai baju kurung. (Pakai t-shirt dgn jeans kat dalam ). Kami rindu kat semua di Malaysia, Awa, Mbah etc. Kalau rindu kat kami selalulah tengok website ni.

cumelnye amira... tu ke kawan kak long mira.. amira rindu untie cu x?? kakak jage ibu n baby tau... k.. sayang amira...
Fri 2-Feb-2007 04:56
Posted by:untie cu cumel
hukaloh..auntie chu..mak ude vogue pun sayang kakak mira..
Fri 2-Feb-2007 06:45
Posted by:mak ude vogue nursiah_21981@yahoo.com.my
hi anak buah mak ude..mak ude ada belikn kak long mira beg warna pink..cantikk tau.nti gie jalan2 kak long mira pakai kay sayang..bubye..
Fri 2-Feb-2007 06:49
Posted by:mak ude vogue nursiah_21981@yahoo.com.my
View all 8 comments Add comment


Friday, 29-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Clitheroe

 
 
 
View all 11 photos...

Hari ni kami pegi cari car-boot sale di Clitheroe. Tapi nasib malang hari ni takde sebab mat-mat saleh ni masih lagi dalam mood cuti Krismas sambung New Year. Dah takde nak buat camna. Nasib baik on-the way back tu nampak satu scene tepi jalan yang cantik sangat. Kampung dan ada laluan keretapi di atas. Sejuk-sejuk pun kami keluar amik gambar. Ayah sampai menggigil sebab kena bukak glove utk snap gambar.

wahhh hijau
Mon 8-Jan-2007 14:49
Posted by:udeyismail  - [Link]
alahai comel amira..
Thu 25-Jan-2007 06:04
Posted by:mak ude vogue nursiah_21981@yahoo.com.my
rasa familiar la tgk wife abg nin ni....
Wed 28-Feb-2007 02:58
Posted by:Aiza zaniz@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 27-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Glassgow University

 
 
 
View all 12 photos...
Uncle Mad Noor bawak kami jalan-jalan kat U tempat dia belajar Glassgow University. Memang cantik tempat dia. Penuh dengan bangunan klasik.. macam muzium gitu. U Glassgow ni antara universiti tertua di sini.

Care to comment?


Wednesday, 27-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan di Glassgow, Scotland

Family Pakcik Md Nor (kawan ayah)
Glassgow
 
View all 6 photos...
Kami sampai di Ireland, ayah dgn Mira demam. Ayah demam teruk sampai tak boleh makan. Nasib baik ibu tak demam cuma pening-pening. Kesian ibu jaga kami. Alhamdulillah dekat Krismas kami sembuh. Acik Mi sekeluarga ajak kami pegi Lancaster beraya kat sana sebab dapat tiket flight murah (1 sen). Mula-mula tu ayah tak nak pegi tapi bila teringat nak raya takkan raya kat Ireland ni kami bertiga je. Dahlah jalan kat Limerick ni semua tak tahu, baru baik demam. So last minute decide ke Lancaster. Handphone ayah sampai tertinggal. 26 Dec kami terbang ke Liverpool.Kami seminggu di Lancaster rumah kawan office ayah Acik Rina. Sewa keta pegi Glassgow , Scotland(2.5 jam dari Lancaster) tidur rumah kawan Pakcik Mad Nor kawan ayah yang belajar kat Glassgow University, Balik Glassgow jalan kat Stoke (Ibu beli pinggan Royal Dolton kat sini. Kat sini yang mana harga ratus-ratus RM kat Msia dapat murah je sebab kami pegi ke kilang dia). Amira dapat kawan baru kat UK. Kak Fatimah dan Aishah. 1 hb kami balik ke Ireland.

hi azah & family...
amboi3x, zah.... nape tak email kat aku, azah weyyyyy....
tak rindu ke kat mak angkat a.k.a bonda ko kat skolah tu ????
oklah, take care!
Sat 6-Jan-2007 17:26
Posted by:fizah @ sk tmn sg besi indah effyzah@yahoo.com
pemandangan yg indah luar negara.. sejuk berapa degree C ?
Mon 8-Jan-2007 11:20
Posted by:ewannn  - [Link]
Add comment


Saturday, 16-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
KLIA - Heathrow- Shanon Ireland

First Pose dari London
Bukan main seronok lagi dia
Hai awe buat apa tu?
View all 5 photos...
Khas buat mbah, awe, atuk dan semua di Malaysia. Salam rindu dan sayang dari Ireland. Amira, adik Aiman, ibu dan ayah semua sihat. Ini gambar-gambar kami masa transit di Heathrow Airport , London. Amira bukan main suka ingatkan sampai subuh dia mengamuk tak nak jalan. Tengok-tengok bukan main berlari lagi dia kat airport tu. Kami transit 5 jam di London dari 5.30 pagi sampai 10.15 pagi sebelum naik satu flight lagi ke Shanon Airport Ireland. Sampai di Shanon Amira mengamuk tak nak turun kapal terbang sebab tengah syok tidur.


Semasa transit di Heathrow Airport

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.